SEJARAH SEKOLAH SK SUNDAR

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1950-an. Walaubagaimanapun ianya dibina semula pada pertengahan 1950-an apabila roboh kerana bahan binaan yang tidak konkrit setelah dilanda ribut. Sekolah Kebangsaan Sundar diasaskan oleh ketua-ketua masyarakat kampung-kampung di sekitar sundar.

Pada asalnya, sekolah ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini diupah oleh penduduk kampung daripada hasil kutipan dan sumbangan pihak lain.

Pada tahun 1958 sekolah ini telah dipindahkan dan mula beroperasi di tempat sekarang ini dimana bangunan yang dibina oleh lawas district council (LDC). Tenaga pengajar juga diurus oleh LDC. Sekolah Kebangsaan Sundar ini pernah dinamakan LDC School Sundar dan Central Malay School Sundar sebelum ditukar kepada nama sekarang.

Banyak penambahbaikan yang telah dilakukan selain daripada bilik darjah termasuklah penambahan bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik BOSS, pejabat pentadbiran, bilik komputer dan juga bilik pemulihan.



Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN BILIK BOSS SK SUNDAR