Posts

Showing posts from June, 2017

SEJARAH SEKOLAH SK SUNDAR

Image
SEJARAH SEKOLAH Sekolah ini telah dibina pada tahun 1950-an. Walaubagaimanapun ianya dibina semula pada pertengahan 1950-an apabila roboh kerana bahan binaan yang tidak konkrit setelah dilanda ribut. Sekolah Kebangsaan Sundar diasaskan oleh ketua-ketua masyarakat kampung-kampung di sekitar sundar. Pada asalnya, sekolah ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini diupah oleh penduduk kampung daripada hasil kutipan dan sumbangan pihak lain. Pada tahun 1958 sekolah ini telah dipindahkan dan mula beroperasi di tempat sekarang ini dimana bangunan yang dibina oleh lawas district council (LDC). Tenaga pengajar juga diurus oleh LDC. Sekolah Kebangsaan Sundar ini pernah dinamakan LDC School Sundar dan Central Malay School Sundar sebelum ditukar kepada nama sekarang. Banyak penambahbaikan yang telah dilakukan selain daripada bilik darjah termasuklah penambahan bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik BOSS, pejabat pentadbiran, bili

PENGENALAN BILIK BOSS SK SUNDAR

Image
PENGENALAN BILIK BOSS SK SUNDAR Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh. Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang. MATLAMAT BILIK BOSS Mewujudkan pengurusan yang bersistematik dan murid yang cintakan ilmu. OBJEKTIF BILIK BOSS Mengumpul,memproses ,menyimpan dan mengedarkan maklumat . Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran . Memberi khidmat runding dan khidmat nasihat. Membina program  media pengajaran dan pembelajaran. VISI BILIK BOSS MENDIDIK MURID  CINTAKAN ILMU MISI BILIK BOSS MELAHIRKAN MURID  YANG MENGHARGAI BUKU  DAN ME